skip to main |
skip to sidebar
Pemilik Hatiku - Mujahadah Itu Pahit
Apalah ertinya cinta kepada manusia andai cinta kepada khaliqnya belum tercapai..
Ya Allah aku sering tewas dalam Mujahadah ini..
semakin aku kuat melawan semakin kuat aku diuji..
sesungguhnya terlalu mahal syurgamu itu Ya Allah..
ah! aku tidak mahu tewas lagi.. aku pasti akan bangkit semula..
Ya Allah ya tuhanku terangilah perjalananku dengan hidayahMu..
sesungguhnya aku begitu kerdil disisiMu..
kaulah pemilik hati hambaMu ini..
aku mencintaiMu sepenuh jiwaku..
bantulah kami hamba-hambaMu yang mencari keredhaanmu..
kau hapuskanlah kesedihan ku ini dengan ketenangan beribadah kepadaMu..
hapuskanlah air mata ini agar ia mengalir hanya untukMu Ya Allah.. :'(
No comments:
Post a Comment