Sunday 31 March 2013

SenyumaN ItU InDah! BanYak KeleBihanNya..


ohohoho mana kaw dapat tajuk entry kali ni rin.. hahaha sebanarnya nak post semalam tapi keadaan kesihatan yang tidak mengizinkan dan siang tadi pulak melayan lappy ku yang meragam.. seronok sangat =_=' ..oke dah lari topik ni.. tajuk entry ni sebenarnya kita dapat dari FATIN NUR ANISAH BINTI NAZRI ha amek kaw nama penuh aku bagi heheheehe sory Ten.. semalam dia telah menghang kan enset ku dengan tweet nya pasal public speaking dia nanti.. ha tajuk ni la.. tetiba pulak rase macam best je kan tajuk ni.. lepas tu mintak la izin dia curi idea ni kan hahaha.. 

cer tengok sikit apa kelebihannya senyuman ni:
 
1. senyum membuat anda lebih menarik.
Biasanya orang yang banyak senyum membuatkan orang sekelilingnya lebih selesa dan tenang. mempunyai daya tarikan tersindiri dan pastinya didekati ramai orang.

2. senyum menukar perasaan.
Jika anda sedang bersedih, cubalah untuk senyum kerana ia mampu memperdaya tubuh sehingga perasaan berubah. bak kata orang senyuman mampu melindung seribu kedukaan.

3. senyum menular.
Apakah maksudnya?? haa bila kita tersenyum automatiknya orang sekeliling kita akan turut tersenyum. pastinya suasana akan jadi lebih meriah.

4.senyum menghilangkan stress.
Owh sudah tentulah.. kalau stress cubalah untuk tersenyum, pasti mood kita akan jadi lebih baik dan tenang..

5. senyum meningkatkan imunitas.
ya betul tu, senyuman mampu membuatkan sistem imun badan kita untuk bekerja lebih baik. ini kerana bila kita tersenyum, kita akan rasa lebih rileks. sistem imun badan pula bekerja maksimum bila kita rileks, malah menurut kajian, batuk dan selsema boleh hilang bila kita senyum.. think positive!

ok cukup lima ni dulu.. banyak lagi sebenarnya, nanti kita sambung kat entry lain ya..

Akhir kata senyum yang tulus datang dari hati yang tulus. suatu senyuman yang ikhlas dan menceriakan adalah satu ibadah. senyum terjadi hanya sekejap, tapi kenanganya kadang berlangsung selamanya. tersenyumlah! kerana senyum itu tidak mahal. hanya perlu sedetik untuk mengubah bentuk bibir menjadi senyuman, dan hanya memerlukan tujuh saat mempertahankan sebuah senyum untuk kelihatan sebagai ungkapan ketulusan hati..





No comments:

Post a Comment