Saturday 13 April 2013

Aku Rindu ALLAH :'(

aku cuma gadis biasa yang dulunya begitu lalai dalam agama.. aku dibekalkan pendidikan agama yang agak sempurna.. namun aku masih tidak bertudung, tidak solat walaupun aku tahu kewajipan aku sebagai seorang hamba Allah.. namun aku khilaf, pelbagai ujian yang aku tempuh cukup untuk buat aku sedar di setiap kejatuhan aku itu Allah sentiasa ada mendengar rintihan hati hambanya yang lemah ini.. menguatkan aku untuk terus bangkit..Alhamdulillah berkat doa ibu dan ayah aku berusaha untuk menjadi yang lebih baik.. 


hari ini aku masih lagi gadis yang sama namun perwatakan dan pemakaian aku belum cukup sempurna sebagai seorang muslimah sejati.. tapi Allah itu maha penyayang, tidak dibiarkan aku sendiri terus hanyut dan lalai melupakanNya. aku bukanlah tidak solat, cuma terkadang lalai. aku bukan tidak puasa, cuma mulut masih rancak mengumpat. aku beragama islam tapi aku sedar, islam ku belum cukup sempurna seadanya. Ya aku belum sempurna dalam memperbetulkan diri ini.. 
aku tidak lari dari perasaan ingin mencuba.. tapi aku bersyukur aku masih ingat Allah di setiap perkara yang aku ingin lakukan.. perginya seorang kekasih dijemput illahi membuatkan aku rebah.. aku alpa seketika, diam ku tidak berair mata.. Namun Allah tahu aku berduka.. di setiap diamku itu bermakna dan di setiap tawa ku itu air mata.. aku kuat kembali kerana Allah.. 
diuji lagi bila dikhianati sahabat sendiri.. bercinta dengannya tak pernah aku terfikir.. tapi bila semua rahsia aku ketahui buat aku sedar Allah memelihara aku dari lelaki yang bukan sepatutnya memiliki hati ku.. lantas aku tersedar tiada cinta dan kasih sayang yang lebih ikhlas dan agung daripada cinta Allah..
kini hatiku sepenuhnya milik Allah..


walaupun aku sering tewas melawan nafsu.. aku masih cuba memperbaiki diri, setapak demi setapak.. aku masih lagi diriku yang dulu.. cuma aku harapkan rohani aku sedang dalam proses pemulihan dan pembersihan.. aku sentiasa merindukan Allah..
alhamdulillah, Allah sedarkan aku dengan mnghantar ujian buat aku. Allah tinggalkan aku sndirian jauh dari manusia yang lain supaya aku dekatiNya, supaya aku luahkan semua padaNya. Allah hantar ujian buat aku sedar bahawa Dia adalah penguasa diriku, supaya aku sedar bahawa hati aku adalah milikNya. jika gembira hati ini, semua datang darinNya, jika brat hati ini kepada di jugalah tempat aku mengadu untuk hilangkan resah.

dalam hadith qudsi Allah berfirman:-

"pergilah pada hambaku lalu timpakanlah ujian padanya kerana aku ingin mendengar rintihannya"
 (Hadis Riwayat Tabrani dari Abu Umamah)

bukan mudah untuk memahami sepotong ayat ini. aku bersyukur kerana aku diantara hambaNya yang trpilih untuk diberi ujian. Dari ujian inilah aku mencuba untuk memperbaiki diri. kerana aku tak mahu aku hanya mencarinNya dikala aku kesusahan.

aku mahu aku sentiasa merindui tuhanku. aku mahu setiap gembira ku dimulai dengan Alhamdulillah supaya setiap kesusahanku dapat aku luahkan padaNya tanpa rasa malu.
semoga Allah sntiasa membantu aku untuk mmperbaiki diriku.


doakan saya jadi lebih baik :')

2 comments: